Tuesday, November 3, 2015

Tinjau Bajet Negara 2016

Satu diskusi yang berjaya.
 
MyBIM telah mengadakan sesi diskusi ilmiah bertajuk "Tinjau Bajet Negara 2016" di Bandar Sri Permaisuri, Kuala Lumpur pada 1 November 2015.
 
Turut dihadiri pemimpin-pemimpin persatuan Pekak iaitu MSDeaf, PRISMA, MASDYA, KLSD, APDSC dan wakil WFD Asia.

Sesi ini dikelolakan oleh Timbalan Presiden MyBIM Amir Hamidi selaku Moderator dan dibantu oleh pencatat Lim Anuar, ahli MyBIM.
 
Diskusi ini memberi peluang kepada mereka untuk menyampaikan pandangan dan ulasan yang pro dan kontra terhadap Bajet khasnya peruntukan dan manfaat kepada bangsa Pekak dan OKU amnya.
 
Pada akhir diskusi, mereka bersepakat menubuhkan sesuatu yang bakal meningkatkan kerjasama antara persatuan mereka dalam menyuarakan isu semasa dan penyelesaian.