Monday, November 25, 2019

'Bahasa Isyarat" atau "Bahasa Isyarat Malaysia"?

Kita sering baca ayat "Kita belajar bahasa isyarat" di mana-mana sahaja. Kita berasa hairan kenapa mereka tidak lengkapkan ayat tersebut. Adakah mereka benar-benar faham maksud ayat ini? Mengikut pengalaman sebagai orang yang menggunakan Bahasa Isyarat Malaysia setiap hari, ayat ini kurang bermakna sebab frasa "bahasa isyarat" bukan merupakan kata nama khas.

Di dunia ini, orang bertutur dalam pelbagai bahasa. Kita biasanya kena sebut mana satu bahasa yang kita pelajari. Misalnya, apabila kita sedang belajar Bahasa Malaysia, kita kenalah membina ayat lengkap yang bermakna: "Kita belajar Bahasa Malaysia". Ayat ini dianggap lengkap dan bermakna sebab kita tahu apa beliau hendak menyampaikan.

Sekiranya beliau menyebut ayat seperti ini: "Kita belajar bahasa". Apakah reaksi anda selepas mendengar ayat ini? Adakah kamu akan faham apa mesej yang dia hendak sampaikan? Adakah ayat ini mempunyai sama makna dengan ayat "Kita belajar Bahasa Malaysia"? Apakah maksud "Kita belajar bahasa" kepada kamu? Meskipun ayat ini lengkap, tetapi tidak dapat memberi makna yang sepatutnya kepada kamu. Kamu sedang menantikan beliau menyebut apa bahasa yang dipelajarnya.

Mengikut maklumat didapati dari Internet, terdapat lebih kurang 6500 bahasa pertuturan di seluruh dunia dan kita juga mempunyai lebih dari 200 bahasa isyarat. Kebanyakan negara akan mempunyai bahasa isyarat tersendiri dan nama bahasa isyarat biasanya diberikan nama mengikut negara mereka masing-masing. Misalnya Bahasa Isyarat Malaysia (BIM), Bahasa Isyarat Amerika Syarikat (ASL), Bahasa Isyarat Perancis (LSF), Bahasa Isyarat Australia (Auslan) dan lain lain. Oleh kerana kita juga mempunyai banyak bahasa isyarat sepertimana bahasa pertuturan juga berbilang, kita kena bina ayat yang lengkap dan bermakna apabila kita hendak memberitahu orang bahawa kita belajar Bahasa Isyarat Malaysia dengan bertutur ayat yang betul dan mempunyai makna: "Kita belajar Bahasa Isyarat Malaysia" ataupun "Kita belajar BIM".

Dalam konteks English, kita juga akan sebut ayat ini "We learn BIM" or "We learn Malaysian Sign Language". BIM merupakan identiti dan nama khas yang memberi gambaran kepada bahasa isyarat yang digunakan oleh komuniti Pekak di Malaysia. Sepertimana kita mengetahui bahawa terminologi lain, HIV, IT, AIDS, WHO dan lain-lain masih digunakan dalam konteks Bahasa Malaysia, Bahasa Cina dan lain-lain untuk memudahkan pemahaman orang ramai.

Penyemakan #1: 25 November 2019.

Invitation to Disability Pride Movement


It is delightful to know that higher education institutions are still caring about Deaf people by organising an awareness event so that the general public could learn about Deaf people and other persons with different disabilities. Anthony Chong, the secretary of MyBIM is invited for the talk on 27 November 2019 at SEGI University.


Tuesday, November 19, 2019

Workshop on Inclusive Electoral Reforms in Malaysia

Workshop on Inclusive Electoral Reforms in Malaysia was organised by NCBM on 19 November 2019. The purpose is to deliberate about how people with disabilities can be included during the proses.