Tuesday, October 16, 2018

Clarification from MyBIM regarding the questionnaire




Transkripsi

Nama saya Jessica dari Persatuan Bahasa Isyarat Malaysia dan Pengajian Pekak (MyBIM).

Banyak orang Pekak berasa ragu-ragu dengan borang soal selidik yang disebarkan oleh Anthony baru baru ini. Sebenarnya tujuan soal selidik ini adalah untuk mengumpulkan maklumat tentang orang Pekak. Dengan ada maklumat anda, kami dapat membina statistik. Daripada statistik ini, kami akan dapat memberi penjelasan lebih baik tentang komuniti Pekak misalnya anggaran peratus orang Pekak yang berinterkasi melalui BIM, dan anggaran peratus orang Pekak yang dilahirkan pekak dan yang menjadi orang Pekak disebabkan suatu penyakit.

Selain itu, kami akan dapat maklumat lebih jelas tentang peratus orang Pekak berkomunikasi dengan ibubapa dengan kaedah-kaedah tertentu, misalnya, bercakap, menulis, melalui ekspresi muka, atau melalui BIM ataupun cara-cara komunikasi yang lain. Kami memerlukan maklumat peribadi anda seperti nombor kad pengenalan, tempat lahir, nombor pendaftaran kad OKU untuk mengelakkan maklumat palsu atau duplikasi.

Yang penting maklumat yang dibekalkan adalah benar dan tepat. Kerajaan kita mempunyai statistik tentang orang Melayu, Cina, India dan kaum lain. Namun begitu, statistik orang Pekak sebagai satu kumpulan tidak didapati.

Oleh itu, kami menyediakan borang soal selidik ini dengan tujuan mengumpulkan maklumat anda. Ini membolehkan kami dapat memberi gambaran tentang komuniti Pekak secara statistik. Kami tidak akan mendedahkan maklumat peribadi anda. Anda diminta jangan bimbang pasal ini. MyBIM telah didaftarkan di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS). Mengikut akta ROS, kami diwajibkan untuk menjalankan tanggungjawab untuk melindungi maklumat peribadi anda.

Untuk perlindungan anda, kami tidak meminta alamat rumah ataupun nombor telefon bimbit anda.
Nombor kad pengenalan diperlukan untuk memastikan tiada duplikasi berlaku. Nombor pendaftaran kad OKU juga diperlukan untuk memastikan sama ada anda sudah mendaftarkan diri dengan Jabatan Kebajikan Malaysia. Terdapat satu kemungkinan ramai orang Pekak tidak pernah mendaftarkan diri mereka dengan jabatan tersebut. Oleh yang sedemikian, kami benar-benar berharap kamu membantu kami untuk menjayakan pengumpulan maklumat anda. Kejayaan ini akan membenarkan kami memberi gambaran yang lebih tepat tentang komuniti Pekak.

Sekiranya anda tidak berasa selesa atau tidak percayai kami, anda berhak untuk tidak mengisi borang soal selidk.

Terima kasih atas masa anda untuk memahami situasi kami.

-----------------------------

Transcription

I am Jessica from Malaysian Sign Language and Deaf Studies Association.

Many Deaf people were hesitant in filling the questionnaire form that was posted by Anthony recently. The objective is to gather information on Deaf people. Your information will enable us to build statistics. The statistics will enable us to reveal detailed description about Deaf community, for example, we estimate a percentage of Deaf people converse in BIM, and estimate a percentage of Deaf people who are born deaf and of those who became deaf due to some illnesses. 

We may also able to obtain detailed information to determine a percentage of Deaf people communicating with parents in certain ways, for instance, speaking, writing, through facial gestures, through BIM or other possible communication ways. We need your particular details such as IC number, birthplace, OKU card registered number to avoid false information and duplication.

The most important thing is that information provided is correct and accurate. Our government has statistics on Malay, Chinese, Indian and other ethnic groups. However, the statistics on Deaf people as a group is unavailable.

Therefore, we had the questionnaire form ready with a goal of gathering information from you. It will enable us to give detailed description about the Deaf community through statistics. We will not disclose your personal information. You are asked not to worry about this. MyBIM was registered under the Registry of Societies Malaysia (ROS). According to the ROS act, we are required to carry out our responsibility in protecting your personal data.

For your protection, we will not ask for your home address or your mobile phone number. Your IC number is required to ensure no duplication. Your OKU card registered number is required to allow us to ensure you have registered yourself with Department of Welfare Malaysia. There is a possibility that many Deaf people were not registered with the department. We sincerely hope you would help us by making the information collection a success. This success would allow us to provide an accurate description about Deaf community.

However, if you are not comfortable in confiding your information with us, please do not feel obliged to fill in the questionnaire form.

Thank you for your time to understand our situation.

Wednesday, October 3, 2018

MyBIM: Soal Selidik / Questionnaire

MyBIM: Soal Selidik / Questionnaire






Bahasa Malaysia - Soal Selidik dalam bentuk borang Google
English - Questionnaire in Google Form

Diharapkan tuan/puan dapat isikan soal selidik yang kami sediakan bagi tujuan kajian kami. Soal selidik boleh didapati dalam dua bahasa.

It is very appreciated if sir/madam could fill in the questionnaire which we prepared for our research purpose. The questionnaire is available in two languages.

Transcription: I am Anthony from Malaysian Sign Language and Deaf Studies Association (MyBIM). Please be informed that MyBIM Association has provided a survey form relating to your personal information such as the background of your life, your education, your job and so on. The purpose is to gather information and to analyse the statistics of Deaf people. This form can be found on Facebook and MyBIM blog. You can browse it to answer and submit it to us. You are welcome to share information about this form to your Deaf friends. If you are unable to find this form, please contact me at +60 16 980 3669. Thank you.

---------------------

Transkripsi: Saya Anthony dari Persatuan Bahasa Isyarat Malaysia dan Pengajian Pekak (MyBIM). Dimaklumkan bahawa Persatuan MyBIM telah menyediakan borang penyelidikan yang berkaitan dengan maklumat peribadi anda seperti latar kehidupan, latar pendidikan, pekerjaan dan sebagainya. Tujuan ini adalah untuk mengumpulkan maklumat dan menyelidik statistik Orang Pekak Borang ini boleh didapati di Facebook dan blog MyBIM. Anda boleh melayarinya untuk menjawab dan menghantarnya kepada kami. Anda dimohon berkongsi maklumat mengenai borang ini kepada kawan-kawan Pekak anda. Sekiranya kamu tak dapat mencari borang ini, sila menghubungi saya melalui 016 980 3669. Terima kasih