Friday, January 23, 2015

Program Syarahan Perdana MyBIM dengan Da Wei

Program Syarahan Perdana MyBIM telah diadakan dengan jayanya di DiB Cafe, Damansara Perdana pada 22 Januari 2015.

Matlamat program ini ialah untuk menambah pengetahuan baru tentang penemuan dalam kajian budaya Pekak.

Penceramah yang dijemput ialah Da Wei anak jati China yang berhijrah sejak dari kecil dan menjadi penduduk tetap di Austria.

Beliau menyampaikan syarahan bertajuk "Media Bahasa Isyarat" dan turut membincangkan pengertian budaya Pekak dan masa depan komuniti Pekak di Asia dan Eropah.

Keberkesanan pembentangan beliau yang fasih berbahasa isyarat ASL ternyata dan menarik perhatian seramai 40 orang hadirin.

Pihak MyBIM mengucapkan terima kasih tak terhingga atas sambutan besar yang diberikan oleh para hadirin dan berharap agar program keilmuan seperti ini terus dianjurkan pada masa hadapan.






--------------------------------------------------------------------

MyBIM's exclusive lecture program was held in DIB Cafe, Damansara Perdana on 22 January 2015.

The goal of the program is to empower the new finding in the study of deaf culture. The speaker, Da Wei, Chinese native who immigrated since childhood and acquired Austrian citizenship.

He delivered a lecture entitled "Media Sign Language" and also discussed deaf culture and deaf community's future in Asia and Europe.

His fluency in ASL and presentation skill attracted 40 attendees. MyBIM would like to thank for the support shown by those who attended the program. MyBIM looks forward to having more supports for incoming program.


No comments:

Post a Comment