Monday, May 9, 2016

Program Tayangan "Audism Didedahkan" dianjurkan oleh DeafMT

Satu tayangan video yang bertajuk "Audism Didedahkan" (Audism Unveiled) telah diadakan di Balai Seni Lukis Negara, Jalan Temerloh, KL pada 8 Mei 2016.

Dua orang wakli MyBIM, iaitu Kevin Mak dan Timothy Ngu telah dijemput menyaksikan tayangan tersebut bersama beberapa orang wakil persatuan seperti Deaf Leaders and Educators Association (LEA_D), Pekareka (PR), Kuala Lumpur Deaf Youth Association (KULDYA) and Selangor Deaf Youth Association (SELDYA) serta ramai orang Pekak yang turut hadir.

Apakah audism? Satu takrifan yang mudah adalah ia adalah sikap negatif atau menindas ke arah orang Pekak sama ada oleh orang Pekak atau bukan Pekak dan organisasi, dan kegagalan untuk memenuhi keperluan mereka. Orang yang mempunyai sikap audist dianggap sebagai audist. Sebagai contoh, keengganan atau kegagalan untuk menggunakan bahasa isyarat di hadapan orang yang bergantung kepada bahasa isyarat dianggap audism.

Menurut Tom Humphries, perkataan "audism" yang telah dicipta pada tahun 1975 bermaksud sikap di mana seseorang yang mendengar dan bertutur atau mempunyai Bahasa Inggeris yang bagus adalah lebih baik. Ada satu kisah di Amerika Syarikat yang menyatakan seorang orang wanita Pekak sangat bagus dalam ASL, tetapi orang lain (bukan Pekak) merendah-rendahkan wanita itu kerana dia kuat dalam ASL tetapi bahasa Inggerisnya lemah.

Menerusi tayangan video, terdapat beberapa isu yang lazim dihadapi oleh orang Pekak di dunia seperti keluarga, pendidikan, rawatan dan tentangan orang Pekak. Tidak kurang bezanya dengan isu tekanan yang dihadapi oleh orang Pekak di Malaysia. Audism boleh dilihat dalam pelbagai bentuk:

  1. Tidak berisyarat di hadapan oang Pekak walaupun dia tahu berbahasa isyarat;
  2. Jangkaan atau pandangan negatif orang Pekak yang tidak dapat bersuara;
  3. Mengabaikan atau tidak menyediakan kemudahan untuk orang Pekak atau orang Kurang Pendengaran;
  4. Jangkaan yang tidak sesuai, negatif atau lebih rendah oleh sesetengah pendidik, pentadbir, audiologis, penterjemah, pekerja korporat atau orang lain dalam jawatan profesional terhadap orang Pekak atau orang Kurang Pendengaran;
  5. Melihat orang bukan Pekak dan budayanya lebih tinggi tarafnya daripada orang Pekak atau orang Kurang Pendengaran dan budaya pekak;
  6. Tidak membenarkan orang Pekak mempunyai input atau peluang untuk kedudukan atau jawatan yang tinggi;
  7. Ibubapa kepada kanak-kanak Pekak yang berkeras memaksa anak mereka menyesuaikan diri dengan budaya orang bukan Pekak dengan mengorbankan erti budaya pekak kerana ibubapa melihat anak mereka sebagai minoriti bukan verbal atau pendengaran.
Setelah tayangan video tamat, tiga orang panel dijemput untuk mengadakan satu forum berkaitan dengan audism. Mereka ialah En. Anthony Chong, Pn. Eamienor Zakiah dan En. Haymasuthan. Antara perkara-perkara yang hangat dibincangkan ialah isu etika jurubahasa isyarat dan permintaan orang Pekak terabai.

Bagaimanapun, setiap orang Pekak di seluruh negara perlu berdiri dan berjuang untuk manfaat komuniti orang Pekak pada masa kelak. Bak kata pepatah "Bersatu kita teguh, bercerai kita runtuh".

Ucapan terima kasih dan tahniah kepada pihak DeafMT (Kuala Lumpur and Selangor Deaf Media and Technology Association) yang menganjurkan tayangan ini dengan jayanya.

Disediakan oleh Kevin Mak

Memberi perhatian kepada tayangan "Audism Didedahkan"

Memberi pengenalan ringkas tentang MyBIM

Bermulanya panel perbincangan yang berkaitan dengan sikap audisme

Panel perbincangan sedang dijalankan

No comments:

Post a Comment